Tuesday, March 03, 2009

Kobun Eden - Laporan dari kebun

Weekend lepas balik kampung,gi jenguk kebun..sampai je kat kebun tengok adik beradik dan anak buah den tengah unload cocopeat dan puddy husk dari lori..stok kali ni den order 1,000 bag..nah! ambik kau! satu treller tu beb!..saja order lebih pasal pasaran untuk benda ni menggalakkan..leh gak jual buat rolling expences..jenuh jugak nak unload guni guni ni turun dari lori..




Setel sume unload guni guni tu,gi lawat kebun lak,Skrang silverhine dah dipasang habis kat atas tanah,skali pandang menghitam jer..Poly bag pun baru separuh dah susun pada baris,polypipe 16mm dah lay pada tiap barisan termasuk pemasangan rubber gromet dan valve.Pengisian media kedalam polybag masih berterusan..Tube well untuk bekalan air pun dah siap..lapang dada skit bila balik tengok sume kerja berjalan ngan lancar.




Anak benih dah bercambah dengan baik..variety 469 lebih cepat tahap pembesarannya berbanding dengan 568..harga untuk benih 469 memang mahal (RM 95.00/10gram)berbeza dengan benih 568 ( RM35.00/10gram).Di jangka kan 15/3 ni dah boleh pindah anak anak pokok ke dalam poly bag dan den cuma ada lebih kurang 12 hari jer lagi untuk kerja kerja pemasangan dan penyususan polybag..haru woo..kalau tak sempat,takut kalau lambat alihkan kedalam polybag akar anak pokok akan berpintal dan ini akan membantutkan kan pembesaran pokok nanti.






Sambutan untuk cocopeat dan paddy husk jugak menggalakkan,feed back yang den terima dari sorang makcik tu..pokok labu nya hidup dengan baik berbanding percubaan nya untuk tanam di atas tanah dimana pokok labunya tak boleh hidup sebelum ni..pagi tadi dia datang kebun lagi untuk beli cocopeat dan paddy husk tu lagi..kali ni den suggest lak dia pakai baja cacing,dari apa yang den dah praktikkan (pada tanaman kangkung dan bayam) baja cacing memang sesuai untuk tanaman sayur sayuran.Baja cacing yang den bekalkan adalah baja cacing asli yang di proses sendiri oleh kakak den yang juga seorang penternak cacing.

Skarang ni ramai orang nak bertani..tadi pun den dapek call dari sorang kawan,dia pun nak buat tanaman cili ni,den suruh dia deal ngan adik den untuk dapatkan senarai harga barang barang yang di perlukan..kalau jadi, betambah sibuk lah den lopeh ni..haiyo..janji masyuukkk..hahahha.

1 comment:

kakngah said...

hopefully progress as schedule & ontime. wish u all d best!