Saturday, February 14, 2009

Aku lah Eden - Layan jiwa

i..
Sisa itu masih ada lagi...
tak siapa menduga akan terjadi,
walau akal ini sendiri,rebah mengekori,
langkah bayang bayang yang di tiup bisikan nafsu,
buta pada setiap panorama alam,terperangkap dalam payah,
menjaring jasad yang berakalkan hati..sempit tergaul..
kesesakan itulah merakamkan rahmat pada sedar yang di jelmakan
oleh telunjuk jiwa..

ii..
terhumban ke daerah yang asing ini..bagai mimpi,
Mungkin telah di tentukan..mungkin ada ruang..mana tahu!,
atau sengaja melangkah untuk membongkah satu keinginan
mungkin tidak sengaja..boleh jadi juga!..

sakti tiada untuk meramal akan edaran kehidupan yang makin tenat
paparan keinsafan terbentang di sini,menggeledak sifat rekaan itu,
perilaku dicantas demi sebuah perubahan yang lebih bersifat
semangat dan inspirasi secara lansung atau tidak..bergerak dalam sedar.

Seolah jampi yang mujarab, dan di sini...tenang dan damai

iii,..
temui apa yang di cari adalah satu harapan
dan telah pun di temui kesempurnaan yang terpendam.

Dan..
di hujung sudut ini tercipta sebuah kasih sayang..lengkap..azam


ABEM..
2 Jan 1997.



Tadi masa nak cari barang dalam stor kat tangga bawah rumah den terjumpa sebuah kotak,kebetulan pulak kotak betul betul berada di depan barang yang den cari tu,tetibo terdetik hati den nak bukak kotak,belek punyo belek den terjumpa satu diari lama,cacatan kehidupan den dedulu..selak punyo selak adalak beberapa keping kertas tersisip dan diantaranya adalah satu nukilan jiwa den waktu itu,nukilan jiwa dalam bentuk sajak tanpa tajuk ni den tulis pada tahun 97..masa tu den gomar menulih ni ( skang ni jer otak dah berkarat dan malas )..

Bilo den bca balik dan den cuba ingati apa yang tersirat dalam nukilan ini rupanya ada persamaan dengan kehidupan den selepas 10 tahun kemudian nya dan juga hingga ke hari ini...cuma masa tu apa yang tersirat adalah sesuatu yang lain berlandaskan kehidupaan den ketika itu.

Thursday, February 12, 2009

Aku lah Eden - Blog Adam

Tu hari masa den tengah nak belek belek blog den,anak den Adam cakap..''Baba ,boboi pun nak buat blog la cam baba dan mummy,baba ajar la kita"..terkedu den kejap..hai anak anak zaman sekarang,baru umur 10 tahun dah pandai nak ber blog,dah pandai nak nak berinternet,punya la advance bebudak sekarang ni,dulu zaman den umur cam dia cuma tahu main teng teng,combat combat,nyuruk nyuruk ,baling tin ngan selipar dan macam macam yang sewaktu denganya...hai teringat balik nostalgia lamo maso bebudak dulu...gaso cam tak cayo yo sekarang ni umur den pun dah 3 siries ( cam BMW lak..hak hak )..lamo dah den tinggal kan zaman bebudak dulu..kengkawan sepermainan dulu pun sume dah bawak haluan memasing..dah berkeluarga dan beranak pinak..

So untuk tak menghampakan anak sulung den sorang ni ,den pun ajar dio camne nak buat blog..maka hasilnya tercipta lah sorang lagi blogger dalam dunia blog ni iaitu Adamsyaq.blogspot.com...Syaq was here

Wednesday, February 11, 2009

Kobun Eden - cerita dari kebun

Dalam sibuk sibuk menguruskan kebun fertigasi dan kehulu hilir mencari peralatan dan material,tiba tiba dapat tahu yang seorang sedara den ( sedara belah arwah mak ) pun buat projek yang sama di kg Inas negeri sembilan,semasa dalam perjalanan nak balik semalam den ngan adik singgah la ke ladang fertigasi nya..( adik hantar samapai stesen bas rembau )..sampai je kat situ..perrghhh..seluas mata memandang..35,000 pokook cili tu beb! kagum den..menghijau jer..borak punya borak rupanya dah lama dia usahakan ladang ni..semenjak 2006 lagi,sedikit sebanyak dapat den belajar dari abang kassim dalam pertemuan yang singkat tu,byk tips dan ilmu yang dia bagi kat den ngan adik,abang kassim pun tak lokek ilmu..pengalaman nya memang luas dalam bidang ini..respek den..dia pun bawak den ngan adik gi lawat dia punya ladangnya..tak byak pantang larang macam sesetengah ladang orang lain yang den pegi..banyak sangat syarat dan pantang larang (leceh)..borak punya borak tak sedar hari pun dah menjenguk ke senja..berat rasa hati nak keluar dari ladang nya..seronok punya pasal..kemungkinan hari ahad ni den nak pergi lagi.

Berbalik pada projek den..skang ni kerja kerja tapak dah hampir 85% siap..lapang hati den.material dan peralatan pun dah hampir 90% ,semalam pun order barang barang untuk system pengairan..alhamdulillah semua barang den dapat cari dengan harga yang berpatutan..untuk dapat harga yang termurah kene la ke hulu dan kehilir,berhubung dan bertanya dengan network pengusaha lain..alhamdulillah semua nya beri kerjasama yang baik..insyaallah pertengahan bulan tiga ni semuanya dijangka akan siap sepenuhnya..

banyak pandangan dan cadangan yang den dapat dari orang sekeliling,ada yang den boleh terima ada jugak yang terpaksa den tolak..ada yang cadangkan den varietykan tanaman supaya den tak hanya bergantung pada satu hasil saja..bagus cadangan ini.yang paling den tertarik adalah cadangan dari abang den,dia mencadang supaya den tanam sayuran dalam kotak/blok kayu menggunakan media yang sama dan menggunakan system fertigasi jugak..katanya sayuran seperti kangkung,sawi dan bayam cepat boleh dituai dan ianya boleh menghasilkan pulangan runcit yang cepat sambil menunggu hasil dari pokok cili..untuk cadangan ini den kene buat research dan percubaan dulu..setakat ini den tak tau ianya sesuai atau tidak lagi.

Banyak jugak hal berkaitan dengan kebun yang dapat den setel kan sepanjang dua hari berada di kampung.sepanjang perjalanan balik semalam( pandangan dari dalam bas) banyak projek pertanian dijalankan terutama di kawasan rembau dan yang lebih membanggakan kan den adalah ramai diantaranya adalah orang kita,orang melayu..nampak nya orang melayu kita sekarang sedar dan tahu bahawa pertanian itu yang selama ini di monopoli oleh bangsa asing sebenar nya adalah satu perniagaan yang dapat memberikan hasil yang berbaloi..semua adalh dari keazaman dan usaha dari individu itu sendiri.

Pertanian adalah satu perniagaan.

Sunday, February 08, 2009

Aku lah Eden - Balik kampung

Esok cuti,..thaipusam..hari selasa dan rabu pun den ambik cuti..hari rabu nak hantar Adief gi hospital,buat following check up.

terlanjur dah cuti ni den cadang esokk nak balik kampung ,tidur semalam dan selaqsa balik sini balik..nak tengok perkembangan projek tani den..(tapi balik sorang jer-naik bas)..kene jugak balik buat pemantauan pasal ni investment den ( banyak dah duit habis tuu..)..sian jugak kat adik..handle projek ni sengsorang..walaupun hari hari adik report progress via phone tapi den kene jugak turun..

Siang tadi achik,alang dan atam turun tolong adik untuk membina tempat untuk di gunakan sebagai tempat kerja,pengredan,stor dan office..terharu gak den..thanks bro...tak dapat nak balas jasa korang..den pun tak tau cam mana rupanya lagi..harap ikut apa yang den dah planning la.

Tadi adik call duit tak cukup lagi..arrrghh duit lagi..tapi tak pe la nama pun dah investment kene la kuar duit..bukan senang nak senang ni..lagipun memang nak beli material untuk keperluan projek.harap harap budget den on line dan tak lari dari perkiraan den.

Hari selasa nak gi Eon bank melaka pasal nak uruskan release letter loan kereta den,tu hari den dah langsai pembayaran kete wira tu..lega rasa dah habis bayar,so skarang secara rasmi nya kereta tu dah jadi milik den dan harta den..harhahahaha.Skangni cuma tinggal nak bayar ansuran 'anak gajah' ( naza ria )tu jer dan lain lain bil yang tak dapat nak dielakan kan tu ( api,astro dan tipon ).

Esok balik kampung.

Aku lah eden - Letih

Wah..minggu ni den rasa letih sangat,sengal dah seluruh badan ni..tidur pu tak cukup..anak anak pun kekadang cuma jumpa setengah jam jer...semua kerana tugas tugas den,sibuk tul kebelakangan ni..dah seminggu layan student untuk buat pementasan bangsawan,macam macam karenah dan demand yang den kene layan..ikut kan jer..janji diorang sume happy dan enjoy,..lagipun dah memang keje den.Namun den tetap rasa puas setelah semua nya berjalan lancar dan pementasan itu berjalan dengan lancar..walau ada satu dua demand student yang aku tak dapat tunaikan..biasa la tu bukan sume benda yang di minta kita dapat semua nya..so alhamdulillah pementasan bangsawan tu dah pun selesai.

Habis jer pementasan bangsawan malam tu,den kene setup lak untuk event esok harinya ( treasure hunt )..malam tu den balik kul 3 pagi..buat arrangement dan sound test live band yang nak buat perform dalam event esok tu..layan jer!!

Esok nya pepagi lagi den dah bangun untuk duty kat hall,ada briefing dan flagoff oleh CEO..acara ni treasure hunt bermula seawal 7.00pagi,semua participant dah berkumpul,macam macam ragam dan fesyen ( ada contest untuk best dressing dan best cars creation )..entah lah..ada yang dressing cam man belon pun ado..goli den..kereta lak den tengok cam pertandingan kereta berhias lak ..ada yang letak kain batik la,bendera la,teddy bear,pinggan mangkuk,sudu garpu dan macam macam lagi la..har har goli lagi sekali..

Den pun salah sorang dari participant ( terpaksa,pasal ni event pertama boss,tak joint nanti susah,efect KPI ooo...) hihihi..awal nyer managemant tak bagi den pergi pasal nak suruh standby jer kat kolej tapi den tetap participant cuma tak pegi jer ( kalau group den monang den totap dapat hadiah sama)..so bermakna group den hanya 3 orang jer ( sume nya staff aku-satu group)..rasa cam tak best lak tak adil pun ada jugak,grup lain sume ada 4 kepalohotak yang memikirkan clue and answer..lalu dengan rasa tanggungjawab dan prihatin nya den pun pegi jugak la..arrggh lantak la..pedulik apa!!

setelah penat bergelumang dengan soalan soalan yang memeningkan dan traffic jam yang dasyat ( pasal india nak sambut thaipusam kat Gua Batu) event ni pun diakhiri dengan HI-tea sebelah petangnya..sekali lagi den kene duty untuk handle sound system..arrghh letih nya..penat dah nengok butang butang kat mixer ni..

balik umah layan lak my famili ,gi pasar malam,layan karenah dan telatah anak anak..hilang letih rasa nye kejap,malamnya den tak dapat lagi nak control badan dan bijik mata..terus tidur..bessnya

pepagi dah bangun,nak pegi umah orang kawin lak..aduh seksanya nak bukak mata..nak tak nak layan bangun jugak la,balik jer dari umah orang kawin baca surat khabar jap tapi mata ni pulak semakin lam semakin kecik,badan pun rasa tak hilang sengal lagi..terus membungkang lagi..seronoknya...sedar sedar dah senja.

Friday, February 06, 2009

Aku lah eden - Hijau

Kembali semula dengan kulit dan wajah yang baru,.bukanya apa cuma untuk menyegarkan minda ni dengan warna yang segar,..HIJAU..banyak yang tersirat disebalik warna ni.

2009 ni den mulakan langkah kehidupan seperti tahun tahun sebelumnya,cuma tahun ni den cuba untuk keluar dari kotak yang selama ini den terkurung di dalamnya,..setelah di congak congak,setelah di ambik kira dan pandangan dari tiap sudut, tahun ni den nekad untuk mengorak langkah dengan menceburi projek pertanian pulak..,.setelah sekian lama den buat research,kajian ,pembacaan,perbincangan dan pemerhatian dari setiap aspek dan sumber serta berbekalkan dengan sejumlah modal,.akhirnya awal bulan febuari tahun ni den dengan rasminya memulakan projek pertanian secara fertigasi system.Bermula dengan perbincangan dengan adik( busu) di susuli pulak rundingan dalam hal tanah untuk tapak projek,den terus nekad tanpa menoleh kebelakang lagi,.memang banyak dugaan dan suara suara yang bisa melemahkan dan melunturkan semangat tapi den tak peduli..den anggap itu semua satu cabaran yang harus den sahut dan buktikan..insyallah.alhamdulillah den dapat sokongan penuh dari isteri tersayang,adik beradik den dan kawan kawan,.masing masing memberikan moral support yang amat amat den perlukan ketika ini,.thanks to all

Kerja kerja tanah atau earthworks sedang dilakukan sekarang ni,ini termasuk kerja kerja meratakan tanah,pembinaan bangsal,pagar ,jalan,elektrik dan tubewell.Pembelian dan tempahan material pun berjalan serentak.Memang banyak tenaga kerja serta bantuan dan pemantauan di perlukan pada waktu ini,.dalam hal ini den beruntung kerana abang2 ,kakak,adik dan anak buah sanggup turun berganding bahu membantu untuk merealisasikan vision den ni..terima kasih semua dan special thanks to my HATI kerana memahami,kepercayaan, bersama berkorban,menyuarakan teguran dan pandangan , menyelia akaun dan sanggup bersama menangung segala risiko yang berkemungkinan..thanks,.all this is for us.

That why la den tukar kulit baru dengan warna hijau..warna semangat,
Warna untuk satu peranjakan,
warna untuk satu nafas yang baru
semoga hijau warna ini akan terus me'muda' kan semangat

putih pilihan den,



hijau + putih= PAS
yo ko!!!!!!???

Aku lah eden - tibo balik

Lama menghilang...??,tak kemana cuma kesibukan tugas membuat kan den maleh nak jenguk blog ni,maleh nak berpikir.
byk yang berlaku kebelakangan ni..banyak perkara yang datang menyinggah dan tak kurang jugak perkara yang den sendiri sengaja buat (kira carik pasal la tu ).,tapi alhamdulillah semua tu den tompuh dengan releksnya....(kekadang mencangut gak di buat nya)

Tahun 2008 den sudahi dengan tragedi sondol buntut........!!?..,


ishhh..jangan lak salah sangka,den bukan genetik dari kaum tu har..yang betulnya tersondol buntut kereta orang,accident..den terlibat dalam kemalangan kat highway semasa on the way nak balik dari kampung sempena cuti tahun baru tu hari..alhamdulillah den anak beranak selamat..pas tu sibuk lak akak den buat kenduri kawin anak nya,,sibuk yo laie..kat Kolej pun cam tu jugak..banyak yo kojo..samapi la ni pun tak habis habis lagi programe student ni..islamic cultural night la,Chines reunion celebration la,talk sana talk sini,campus election la dan segala bincek heh lagi la..aku pun tak tahu masa bila diaorang ni study..ntah la ikutsukomu..

Baru nak tarik hongap CNY lak menjenguk..balik ye kampung lagi..ingat nak luruskan pinggang kat kampung,..tak jugak di approved kan..ada lak family gathering kat port dickson..lotih yo lai..balik Kolej tak jugak habis jugak activity student ni,..sibuk la pulak..so, cam na blog tak bersawang!
malam besok ada bangsawan show,esok nya ada tresure hunt,petang nya pulak ada Hi-tea..tak yo habih laie..itu la nama pun hidup..apa pun selagi bohongap selagi tu hidup kene teruskan.