Monday, March 30, 2009

Aku lah Eden - Pindah?..

Tiap minggu balik kampung rasa penat sangat,badan pun rasa semacam jer dah,ingat minggu ni tak nak balik,anak anak pun dah bising,malam tadi adam bagi cadangan.."Baba..kita pindah ajer la kat kampung,kita pun boleh sekolah kat kampung dan baba lak leh buat kebun setiap hari,tak payah lah tiap tiap minggu kita nak balik..kita penat la" ngomel anak bujang den." itu cadangan ajer,tak nak pun tak per,kita bagitahu ajer"sambung nyer lagi..aduiihh..terpukul den.ntah lah rasa macam satu cabaran pun ada..dah bersedia ke den ni?sanggup ke den mengharungi cabaran dan risiko nya nanti?macam macam persoalan timbul lam palohotak den.

Hujung minggu ni nak rehat jer,nak luruskan balik urat urat yang dah bersimpul.lagi pun stok barang cukup stakat ni.Skarang ni tengah buat berkira kira untuk nak bina kedai kat depan rumah tu,barang pun dah makin bertambah rasa dah patut pun den buat kodai,kengkadang bila customer datang nak beli barang dan bincang apa apa rasa tak selesa lak deal kat dalam rumah tu.barang barang pun dah tak tersusun lagi kat rumah tu..bersepah.den dah plan nak buat dua bahagian kodai tu,bahagian menghadap ke jalan nak buat kedai ice blended,yang menghadap kerumah nak buat kedai agro merangkap "opis".Brapa kos tak tau lagi..a'hak..cukup ker bajet ni?..

Saturday, March 14, 2009

Kobun Eden- Hujan yang turun ( part 2 )

Sampai tengahari tadi hujan masih lagi renyai..anak buah den call kato air dah makin hampir ngan kobun..alamak!..ini sudah kira dangerous ni,terus call adik suruh pergi tengok..hati dah goyang time ni.
Kul 3.30 ptg adik call kata hujan dah reda..fuhh lega!..tapi masih belum surut lagi time tu..tunggu dan lihat macamana..kot kot hujan lagi sebelah ptg atau malam.
dah nak senja tadi dapat call lagi..air dah surut..alhamdulillah..
Apa pun den kono siap sedia pasal skang ni musim hujan..anythings will be happens,den kono buek something untuk nak elak kan banjir ni,hal ni kene serah pada yang pakar..tak lain tak bukan achik la..kekando den.balik minggu depan ni den kene highlight masalah ni.

Friday, March 13, 2009

Kobun Eden - Hujan yang turun...

Dapat call dari adik..hujan tak berhenti dari petang semalam,kawasan sekitar kobun dah di naiki air..setakat ni kawasan kobun den selamat lagi pasal tempat tu tinggi sikit..tapi susah hati jugak la pasal bondar/longkang tepi kebun sebelah tu pun penuh ngan air...arrghhh lagi risau la..

Sepatutnya hari ni polybag dah di alirkan ngan baja..memandangkan hujan tak henti henti ni kene la postpone..

Dub!Dab!Dub! Dab!..

Thursday, March 12, 2009

Kobun Eden - 568 vs 469

Ada dua jenis variety yang den nak tanam, Variety F1 hybrid 568 dan 469.variety 469 lambat pecah biji berbanding 568,tetapi cepat membesar selepas pecah biji dan bertunas,tumbesaran 469 lebih pantas berbanding 568.cuma 469 batang nya tinggi meliuk berbanding 568 yang lebih tegap dan lurus.

568

469

Tu yang buat den muskyil..pasal pokok variety 469 adalah rendah dan kurang daun,ketinggian lebih kurang paras lutut jer camana lak anak pokok nya tinggi meliuk.

Dalam satu dua tray ada anak pokok yang tak sihat,daun daun nya berlubang,ini di sebabkan oleh serangga pelombong daun,untuk masalah ni den sembur racun bagi menghindar pelombong daun dari terus merebak..setakat ini serangan hanya pada variety 469 dan variety 568 alhamdulillah semua ok.

Wednesday, March 11, 2009

Kobun Eden - 090309

Balik kali ni..hati ado lapang skit..smua persiapan fertigasi sudah hampir 100% siap...hanya skit skit nak touch up jer..system pun dah ready utk terima anak pokok..insyaallah 15hb ni start pindahkan anak pokok ke dalam system.






Kerja kerja untuk pengairan berjalan dengan lancar,cuma bekalan air menghadapi masalah pressure,ini kerana telaga tiub terlalu jauh dari tangki simpanan air,namun masalah ini dapat di atasi dengan menukar saiz paip dan menaikkan sedikit pressure pada enjin pam.







Cuti 3 hari den menafaatkan masa kat kebun sepenuhnya..skang ni den tengah cuba untuk tanam sayur sayuran di dalam bekas plastik,menggunakan pelbagai jenis media yang berlainan jenis untuk tiap satu bekas..cerita sayur ni den akan ceritakan dalam entri akan datang..k ..cioow.

Tuesday, March 03, 2009

Kobun Eden - Laporan dari kebun

Weekend lepas balik kampung,gi jenguk kebun..sampai je kat kebun tengok adik beradik dan anak buah den tengah unload cocopeat dan puddy husk dari lori..stok kali ni den order 1,000 bag..nah! ambik kau! satu treller tu beb!..saja order lebih pasal pasaran untuk benda ni menggalakkan..leh gak jual buat rolling expences..jenuh jugak nak unload guni guni ni turun dari lori..




Setel sume unload guni guni tu,gi lawat kebun lak,Skrang silverhine dah dipasang habis kat atas tanah,skali pandang menghitam jer..Poly bag pun baru separuh dah susun pada baris,polypipe 16mm dah lay pada tiap barisan termasuk pemasangan rubber gromet dan valve.Pengisian media kedalam polybag masih berterusan..Tube well untuk bekalan air pun dah siap..lapang dada skit bila balik tengok sume kerja berjalan ngan lancar.




Anak benih dah bercambah dengan baik..variety 469 lebih cepat tahap pembesarannya berbanding dengan 568..harga untuk benih 469 memang mahal (RM 95.00/10gram)berbeza dengan benih 568 ( RM35.00/10gram).Di jangka kan 15/3 ni dah boleh pindah anak anak pokok ke dalam poly bag dan den cuma ada lebih kurang 12 hari jer lagi untuk kerja kerja pemasangan dan penyususan polybag..haru woo..kalau tak sempat,takut kalau lambat alihkan kedalam polybag akar anak pokok akan berpintal dan ini akan membantutkan kan pembesaran pokok nanti.






Sambutan untuk cocopeat dan paddy husk jugak menggalakkan,feed back yang den terima dari sorang makcik tu..pokok labu nya hidup dengan baik berbanding percubaan nya untuk tanam di atas tanah dimana pokok labunya tak boleh hidup sebelum ni..pagi tadi dia datang kebun lagi untuk beli cocopeat dan paddy husk tu lagi..kali ni den suggest lak dia pakai baja cacing,dari apa yang den dah praktikkan (pada tanaman kangkung dan bayam) baja cacing memang sesuai untuk tanaman sayur sayuran.Baja cacing yang den bekalkan adalah baja cacing asli yang di proses sendiri oleh kakak den yang juga seorang penternak cacing.

Skarang ni ramai orang nak bertani..tadi pun den dapek call dari sorang kawan,dia pun nak buat tanaman cili ni,den suruh dia deal ngan adik den untuk dapatkan senarai harga barang barang yang di perlukan..kalau jadi, betambah sibuk lah den lopeh ni..haiyo..janji masyuukkk..hahahha.