Wednesday, February 11, 2009

Kobun Eden - cerita dari kebun

Dalam sibuk sibuk menguruskan kebun fertigasi dan kehulu hilir mencari peralatan dan material,tiba tiba dapat tahu yang seorang sedara den ( sedara belah arwah mak ) pun buat projek yang sama di kg Inas negeri sembilan,semasa dalam perjalanan nak balik semalam den ngan adik singgah la ke ladang fertigasi nya..( adik hantar samapai stesen bas rembau )..sampai je kat situ..perrghhh..seluas mata memandang..35,000 pokook cili tu beb! kagum den..menghijau jer..borak punya borak rupanya dah lama dia usahakan ladang ni..semenjak 2006 lagi,sedikit sebanyak dapat den belajar dari abang kassim dalam pertemuan yang singkat tu,byk tips dan ilmu yang dia bagi kat den ngan adik,abang kassim pun tak lokek ilmu..pengalaman nya memang luas dalam bidang ini..respek den..dia pun bawak den ngan adik gi lawat dia punya ladangnya..tak byak pantang larang macam sesetengah ladang orang lain yang den pegi..banyak sangat syarat dan pantang larang (leceh)..borak punya borak tak sedar hari pun dah menjenguk ke senja..berat rasa hati nak keluar dari ladang nya..seronok punya pasal..kemungkinan hari ahad ni den nak pergi lagi.

Berbalik pada projek den..skang ni kerja kerja tapak dah hampir 85% siap..lapang hati den.material dan peralatan pun dah hampir 90% ,semalam pun order barang barang untuk system pengairan..alhamdulillah semua barang den dapat cari dengan harga yang berpatutan..untuk dapat harga yang termurah kene la ke hulu dan kehilir,berhubung dan bertanya dengan network pengusaha lain..alhamdulillah semua nya beri kerjasama yang baik..insyaallah pertengahan bulan tiga ni semuanya dijangka akan siap sepenuhnya..

banyak pandangan dan cadangan yang den dapat dari orang sekeliling,ada yang den boleh terima ada jugak yang terpaksa den tolak..ada yang cadangkan den varietykan tanaman supaya den tak hanya bergantung pada satu hasil saja..bagus cadangan ini.yang paling den tertarik adalah cadangan dari abang den,dia mencadang supaya den tanam sayuran dalam kotak/blok kayu menggunakan media yang sama dan menggunakan system fertigasi jugak..katanya sayuran seperti kangkung,sawi dan bayam cepat boleh dituai dan ianya boleh menghasilkan pulangan runcit yang cepat sambil menunggu hasil dari pokok cili..untuk cadangan ini den kene buat research dan percubaan dulu..setakat ini den tak tau ianya sesuai atau tidak lagi.

Banyak jugak hal berkaitan dengan kebun yang dapat den setel kan sepanjang dua hari berada di kampung.sepanjang perjalanan balik semalam( pandangan dari dalam bas) banyak projek pertanian dijalankan terutama di kawasan rembau dan yang lebih membanggakan kan den adalah ramai diantaranya adalah orang kita,orang melayu..nampak nya orang melayu kita sekarang sedar dan tahu bahawa pertanian itu yang selama ini di monopoli oleh bangsa asing sebenar nya adalah satu perniagaan yang dapat memberikan hasil yang berbaloi..semua adalh dari keazaman dan usaha dari individu itu sendiri.

Pertanian adalah satu perniagaan.

3 comments:

kakngah said...

syukur... semua seperti yg dirancangkan.

ABEM said...

harap harap ianya berjalan dengan lancar..thanks for your support

Adiey said...

ha..dulu den dah cakap kau koba payah..hari ni Alhamdulillah..den setuju dgn cadangan abg ko. Pengalaman den sendiri kek FAMA banyak berurusan dgn petani yg mano dulu ee pengusaha kecil2lan hari ni dah layak dipanggil ahli korporat. Pelbagaikan variasi dan variati. kok sonang masuk ke kg 3 nenek di legung hulu kawasan rumah cak om..tanaman bende 50 ekar variati baru taiwan.