Friday, February 06, 2009

Aku lah eden - Hijau

Kembali semula dengan kulit dan wajah yang baru,.bukanya apa cuma untuk menyegarkan minda ni dengan warna yang segar,..HIJAU..banyak yang tersirat disebalik warna ni.

2009 ni den mulakan langkah kehidupan seperti tahun tahun sebelumnya,cuma tahun ni den cuba untuk keluar dari kotak yang selama ini den terkurung di dalamnya,..setelah di congak congak,setelah di ambik kira dan pandangan dari tiap sudut, tahun ni den nekad untuk mengorak langkah dengan menceburi projek pertanian pulak..,.setelah sekian lama den buat research,kajian ,pembacaan,perbincangan dan pemerhatian dari setiap aspek dan sumber serta berbekalkan dengan sejumlah modal,.akhirnya awal bulan febuari tahun ni den dengan rasminya memulakan projek pertanian secara fertigasi system.Bermula dengan perbincangan dengan adik( busu) di susuli pulak rundingan dalam hal tanah untuk tapak projek,den terus nekad tanpa menoleh kebelakang lagi,.memang banyak dugaan dan suara suara yang bisa melemahkan dan melunturkan semangat tapi den tak peduli..den anggap itu semua satu cabaran yang harus den sahut dan buktikan..insyallah.alhamdulillah den dapat sokongan penuh dari isteri tersayang,adik beradik den dan kawan kawan,.masing masing memberikan moral support yang amat amat den perlukan ketika ini,.thanks to all

Kerja kerja tanah atau earthworks sedang dilakukan sekarang ni,ini termasuk kerja kerja meratakan tanah,pembinaan bangsal,pagar ,jalan,elektrik dan tubewell.Pembelian dan tempahan material pun berjalan serentak.Memang banyak tenaga kerja serta bantuan dan pemantauan di perlukan pada waktu ini,.dalam hal ini den beruntung kerana abang2 ,kakak,adik dan anak buah sanggup turun berganding bahu membantu untuk merealisasikan vision den ni..terima kasih semua dan special thanks to my HATI kerana memahami,kepercayaan, bersama berkorban,menyuarakan teguran dan pandangan , menyelia akaun dan sanggup bersama menangung segala risiko yang berkemungkinan..thanks,.all this is for us.

That why la den tukar kulit baru dengan warna hijau..warna semangat,
Warna untuk satu peranjakan,
warna untuk satu nafas yang baru
semoga hijau warna ini akan terus me'muda' kan semangat

putih pilihan den,



hijau + putih= PAS
yo ko!!!!!!???

2 comments:

kakngah said...

i will always support u....

ABEM said...

thank you..i appreciated..all this for us