Saturday, February 14, 2009

Aku lah Eden - Layan jiwa

i..
Sisa itu masih ada lagi...
tak siapa menduga akan terjadi,
walau akal ini sendiri,rebah mengekori,
langkah bayang bayang yang di tiup bisikan nafsu,
buta pada setiap panorama alam,terperangkap dalam payah,
menjaring jasad yang berakalkan hati..sempit tergaul..
kesesakan itulah merakamkan rahmat pada sedar yang di jelmakan
oleh telunjuk jiwa..

ii..
terhumban ke daerah yang asing ini..bagai mimpi,
Mungkin telah di tentukan..mungkin ada ruang..mana tahu!,
atau sengaja melangkah untuk membongkah satu keinginan
mungkin tidak sengaja..boleh jadi juga!..

sakti tiada untuk meramal akan edaran kehidupan yang makin tenat
paparan keinsafan terbentang di sini,menggeledak sifat rekaan itu,
perilaku dicantas demi sebuah perubahan yang lebih bersifat
semangat dan inspirasi secara lansung atau tidak..bergerak dalam sedar.

Seolah jampi yang mujarab, dan di sini...tenang dan damai

iii,..
temui apa yang di cari adalah satu harapan
dan telah pun di temui kesempurnaan yang terpendam.

Dan..
di hujung sudut ini tercipta sebuah kasih sayang..lengkap..azam


ABEM..
2 Jan 1997.



Tadi masa nak cari barang dalam stor kat tangga bawah rumah den terjumpa sebuah kotak,kebetulan pulak kotak betul betul berada di depan barang yang den cari tu,tetibo terdetik hati den nak bukak kotak,belek punyo belek den terjumpa satu diari lama,cacatan kehidupan den dedulu..selak punyo selak adalak beberapa keping kertas tersisip dan diantaranya adalah satu nukilan jiwa den waktu itu,nukilan jiwa dalam bentuk sajak tanpa tajuk ni den tulis pada tahun 97..masa tu den gomar menulih ni ( skang ni jer otak dah berkarat dan malas )..

Bilo den bca balik dan den cuba ingati apa yang tersirat dalam nukilan ini rupanya ada persamaan dengan kehidupan den selepas 10 tahun kemudian nya dan juga hingga ke hari ini...cuma masa tu apa yang tersirat adalah sesuatu yang lain berlandaskan kehidupaan den ketika itu.

2 comments:

Adiey said...

den ponah koba maso kito samo2 mengondap kek bilik air pompuan topi kantin dulu..kau jiwang man..jiwang karat gilo..tu yang salmi lomeh tuu..hak hak..

ABEM said...

cilakak lu..en bukanyo jiwang karat tapi jiwang agung..harharhar..salmi lomeh dilautan madu..lomeh torus tonggolam...wargghahaha