Tuesday, April 21, 2009

Aku Lah Eden - Kursus

Lamo tak nulih dalam blog ni..sibuk bonar.

Minggu lepas Den attend Bengkel Usahawan Tani Fertigasi anjuran Utusan Malaysia dan Agro Bank kat Agro bank development institut ( ABADI ) bangi,bengkel selamo tigo hari.

Hari pertamo sampai lambat untuk register langsung miss sesi opening dan bergambar,akibat heh muka Den tak ado dalam suratkhabar Utusan..uuuwaaa..frust Den.Ni Lan Econ punyo pasal la..( Den tumpang kereta Lan Econ).

Modul memang banyak,siang malam sampai nak rehat pun tak sompek..apo pun best la bengkel ni banyak bondo yang Den dapek tahu kek sini..kira betambah la pengetahuan sikit boleh la implement kek kobun Den..bagus gak.

Yang best lagi pasal makan..hahaha..tak sempat lapar dah makan lagi..makan makan dan makan.

Tigo hari bepisah ngan anak anak..alahai..si Adeeb asyk asyik tipon.."nape baba balik lambat"..tu lah ayatnyo tiap kali tipon..lomah Den.Adeeb memang rapat ngan Den..yo la lawan botumbok dan bogumpa heh..

Maso nak balik highway jem sebelum sampai Exit Tukit Tagar,lori bawak ikan terbalik..hahaha..ikan hidup tuu..mengeletek ngeletek ikan kat tongah jalan..ramai yang berhenti tepi jalan "shopping" ikan free..Lan Econ pun tak berkecuali..satu beg penuh Lan "borong"..nasib baik ikan air tawar,pulak tu spesis yang tak sodap ..kalu tak Den pun Samo yo "borong"..hihihii.

Dalam kepalo Den cumo nak balik cepat ,tak sabar nak jumpa mereka yang tersayang kat rumah tu.

Tuesday, April 14, 2009

Aku lah Eden - Sodih lah pulak

Entri ni den copy paste dari blog member...baco yo la... Ediey mokasih yo.
ABAH! BAGI LAH TANGAN ITA BALIK
Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran......Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah. Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar-meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibukbekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, atau pun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempatletak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakarantidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagikanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunyabermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dansebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari sipembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yangbaru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yangbelum pun masuk ke rumah terus menjerit, " Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Diajuga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihatwajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya,dia terusmengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apakau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluardari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!"katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yanghilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terusdipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengertiapa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cumamendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaikcalar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anakkecil itu.Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersamapembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si bapa langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yanglonglai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlaluteruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari sikuke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria."Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji takbuat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung siibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Cumanas -Sodih la pulak bilo baco...jadi kan la iktibar

.

Monday, April 13, 2009

Aku Lah Eden - Epilog "cinta" dari Valley

Dari subuh tadi "makmal process" dah bagi signal, virus detected.."peperangan" akan bermula..terus bangkit dari tidur menuju ke "Kubu"..arrrgh..1/2 jam berkurung kat situ tak mampu jugak nak menangkih serangan yang datang bertubi tubi..masuk sekali lagi ko "kubu" kali ni lobih dasyat serangan nya sampaikan tangan berpaut kat dinding untuk menahan gegaran " peluru peluru" yang tak berapa nak menghambur keluar..Den try potik "picu" tak maun yo bojayo ..Kotat!!..dalam maso tu serangan bertali arus..Senjato Den plak tak leh nak keluarkan "peluru"..tersekat..habis sudah kudrat den..tertonggeng.

Dah siap nak gi hantar anak sekolah..skali lagi "perasaan" yang sama berulang lagi.. "perasaan" yang ni pun samo gelodak heh ngan "perasaan" yang pertamo tadi..Den cubo untuk " meluah" kan namun "lubuk hati" den tak boleh untuk berkata IYA..arrggh sekali lagi Den lomeh dalam Gelodak "perasaan" ini..terlau payah untuk menerima hakikat ini..tapi Den cubo gagahi juo..

Masuk opis..dapek "warning Letter" lagi..terpakso yo ngadap kat "bilik HR"..Den yang dah lamo momondam "prasaan" skali lagi tak mampu untuk berkato TIDAK..semua alasan yang di bagi tak ada respon..di pandang sopi..ndak tak ndak kono yo sign "warning letter tu" ....arrgh..bukan tambah reda tapi tambah parah lagi...bleh ko lagi Den stay lagi ni?..

Pukul 11 pagi ado lak kontraktor nak demo pasal save energy equipment,tepakso yo layan walaupun Den gaso "energy" ni cam dah tak leh nak "save" lagi ..cubo yo pasang protect device ..tak tahan lamo, "kabel" den tak leh nak tahan lagi..panas dan berasap dah..takut overload,bleh tebakar pulak...Copek copek Den masuk "bilik suis" nak switch off kan "breaker".. mungkin di sebabkan overload tadi " breaker" pun susah nak di switch offkan..jammed.."supply" ado link lagi..arrgggh..tak leh setel gak.

Tongahari balik rumah..sampai yo muko pintu..Tipon plak "Berdering2"..apalagi kelam kabut la "bukak pintu" terus masuk bilik "pickup phone"..lamo gak la "berborak"..walaupun "suara" lam tipon tu tersekat sekat..dan mengganggu ,tapi "hal penting" punyo pasal tepakso yo..masalah berbangkit..tak leh setel lam tipon...potang ni kono kuar la gamak heh..jumpo "Nabilah si enek Dukun" mintak air jampi .

Toringat dialog Sudin lam pilem Seniman Bujang lapok'

"Hei hei hei hang jebat lebih baik ko turun..,jikalo ko tak mau turun..kau tunggu disana sampai aku datang..,nko sudah tau yang aku tunggu sama kau berapa lama dekat sini, jebat.. dan ko sudah tahu yang berapa kali aku sudah terbuang air besar,
ini pun ada rasa macam terkucil nak keluar..ku tahan jebat..,ini sudah ada hampir TUUUJUUH kali"


Ni pun gaso nak terkucil lagi ni...."Panggilan pulau" dah nak start
.....ARRRGGGGHHHHHH!!!
PORUT DEN SAKIT

.

Saturday, April 11, 2009

Aku lah Eden - Rotan


Pagi tadi masa sarapan sobolom hantar anak gi sokolah, Den tengok ado rotan atas mejo..aikk aposal lak ado rotan ni?..tanyo mummy?..mummy jawab,Adam yang lotak kat situ..Den pun konpius!!

Bilo tanyo jer Adam..terus dia jawab sambil menangis tersedu sedu " Kita gagal pekse kat sekolah Agama,dapat no 9..baba rotan lah kita 9 kali"...terkedu Den jap..raso cam tak tetolan yo Nescafe yang den minum tu...Alahai anak Baba

Perasaan den bercampur baur pagi tu..sayu pun ado..nak togolak pun ado.. teringat lak den cam corito Semerah Padi..a'hak.

Apo pun Den puji sikap anak Den sorang ni..Brani ngaku Salah..dan brani mintak di hukum.

Rotan kat rumah ni cumo simbolik yo..stakat ni Den tak ponah lagi bantai anak anak ngan rotan ni..itu bukan caro Den,cumo bilo diorang dah overacting den tunjuk kan la rotan tu..

Pado Adam,cubo perbaiki dan usoho lagi..Baba syang anak2 Baba.

Monday, April 06, 2009

Aku lah Eden- ketumbit

Kotumbit?..arrrghhh...den di serang dengan masalah ketumbit kat mato bolah kanan..sakit sioot,nak tutup mata pun sakit..perrggh.

ketumbit yang menghilangkan kehenseman Den



Tadi gi klinik,doktor bagi ubat beserta MC untuk esok,tak tau la apsal doktor tu leh bagi MC lak,Den tak mintak tapi dah bagi Den amik yo..nanti kocik lak hati doktor tu kalau den cakap taknak MC..hahaha.tak baik hampo kan perasaan orang ni.

yahooo..esok tak kojo.

Sunday, April 05, 2009

Aku lah Eden - Pindah lagi

Selepas merasakan blog ni dah carcamarba ngan cacatan kehidupan dan cacatan Kobun,maka dengan rasminya den dah pindahkan cerita kobun kek sini